Serum AHA 30% ialah produk dengan kepekatan asid yang tinggi, jadi anda perlu guna dengan cara yang betul supaya berkesan tanpa menyebabkan iritasi.
Mula-mula, hanya gunakan 1–2 kali seminggu pada waktu malam, selepas kulit dibersihkan dan benar-benar kering. Waktu baru mula, sapu satu lapisan nipis dan bilas selepas 5–7 minit untuk kulit biasakan diri, kemudian boleh tingkatkan masa maksimum 10 minit.
Selepas setiap sesi peel, pastikan gunakan krim pelembap pemulih dan sunscreen spektrum luas SPF 50+ pada siang hari, sebab kulit akan lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Penting juga elakkan guna AHA 30% serentak dengan retinol, vitamin C berkepekatan tinggi atau produk eksfoliasi lain untuk kurangkan risiko iritasi.
Dengan konsisten ikut cara penggunaan yang betul, kulit akan dapat buang sel mati, jadi lebih cerah & halus, serta bantu mengecilkan pori-pori dengan selamat.
Nasihat daripada pakar